Thursday, September 30, 2010

UMNO kutip wang RM100 : Warga emas

KEPALA BATAS 29 September 2010: Sekumpulan 40 orang warga emas memulangkan wang ihsan kerajaan Negeri Pulau Pinang yang di "heboh"kan  bersumberkan judi dalam satu majlis. Kelihatan ketua pembangkang Pulau Pinang, Azhar Ibrahim (kanan berkopiah hitam) sedang menjuarai pungutan tersebut di Penaga, Kepala Batas.

Walaupun telah dijelaskan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang bahawa sumbangan tersebut diasingkan dan diagihkan secara Islamik.

Beginilah mainan mereka. Cuba kita lihat secara lebih terperinci. Bukankah Umno juara  memelihara dan membiakkan serta mengutip segala hasil judi dan bisnes maksiat di seluruh negara? Lihat juga bagaimana haramhalalnya "Lembaga Loteri Kebajikan Masyarakat". Bagaimana wang ini diagihkan? Adakah kerajaan UBN mempunyai dua tabung seperti yang dilaksanakan oleh kerajaan Kelantan Darul Naim yang ditadbir oleh Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat?

Amat kasihan melihatkan warga emas yang kelihatan menyerahkan kembali wang tersebut kepada Azhar dan rakan-rakan. Memang bijak pemimpin ini . Memakan hasil judi memang jelas dan mutlak haramnya dalam Islam. Maka takutlah sekelian yang telah menggunakan duit pemberian kerajaan negeri tersebut. Berebut-rebutlah mereka mengembalikannya.

Pemimpin-pemimpin beginilah juga yang mendiamkan diri apabila kerajaan memberikan lesen judi di Bukit Tinggi, Pahang Darul Makmur, meluluskan lesen judi bola, memperbanyakkan lesen pusat hiburan yang berbagai jenis jijiknya. Lihat sahaja pemimpin -pemimpin ini membutakan mata dan memekakkan telinga serta membisukan mulut melihat pusat-pusat hiburan maksiat di segenap ceruk ibu kota. Lihat sahaja di Jalan Bukit Bintang sebagai contoh. Apa yang tidak ada di situ dan lihat juga di bandar-bandar lain di Malaysia.

Lihat juga judi dan maksiat yang lebih "professional", diberikan lesen-lesen untuk kapal-kapal mewah mengoperasikan kegiatan-kegiatan tersebut. Bukankah kerajaan UBN yang bertanggungjawab ? Perniagaan  jenis ini amat besar kutipan hasilnya. Segala jenis hasil cukai , lesen, permit dikenakan bagi setiap jenis perniagaan.Sebagai contoh, bagi membuka sebuah pusat hiburan, pendaftaran perniagaan adalah wajib, lesen hiburan, bayaran kepada badan yang mengawasi keselamatan iaitu permit dari Jabatan Bomba dan Penyelamat, sekiranya mengambil tenaga kerja dari luar negara, kemasukkan mereka ke Malaysia juga mendatangkan hasil kepada kerajaan UBN. Segala lesen dan permit ini pula mestilah diperbaharui dan ditetapkan pungutan hasilnya secara berkala. 

Segala hasil pungutan ini tidak pun diasingkan seperti yang dilaksanakan oleh kerajaan Kelantan. Hasil ini jugalah yang disalurkan kembali kepada rakyat bagi membayar gaji semua kakitangan kerajaan. Tidak ada pula yang memulangkan kembali gaji yang di terima atau memulangkan kembali bantuan-bantuan berupa kewangan yang diberikan oleh kerajaan UBN melalui agensi-agensi mereka. Tidak ada pula yang menangis teresak-esak mengenangkan sudah lama makan gaji dengan kerajaan UBN sehingga pencen memakan duit yang "tak tentu kalu" sehingga menjadi warga emas sekarang......Bagi yang menangis tu..tambahkanlah ilmu Islam di dalam dada. Semoga nur Islam akan memadamkan kecelaruan ini.
Ingat masa sudah terlalu pendek dan semakin pendek untuk kita ke alam barzah !!!

Kepada semua, UBN jadikanlah Islam sebagai rujukan dan pegangan dan PAKATAN (PR) pula berhati-hatilah, kalau ada masalah jadikanlah ulama muktabar sebagai tempat berguru dan menimba ilmu .




 thegreencompass:
gunakan kompas anda : siapa yang kena tentulah celaru dan siapa yang mengena tentulah juru harubiru.


 

No comments:

Post a Comment